1.0 PENGENALAN REVOLUSI INDUSTRI
Revolusi Industri amat memainkan peranan penting dalam proses pembangunan dan pemodenan sesebuah negara dan juga di peringkat global. Berdasarkan rekod sejarah, Revolusi Industri Pertama bermula dari abad ke-18. Bermula di Britain sekitar tahun 1760 sehingga 1840 dan dikenali sebagai Revolusi Industri Pertama. Teknologi yang diperkenalkan pada ketika itu adalah penggunaan kuasa wap dan kuasa air dalam sektor pembuatan. Peralihan dari gerak kerja penghasilan secara tradisional kepada penggunaan mesin dan teknologi tersebut telah meningkatkan jumlah pengeluaran. Revolusi Industri Kedua pula bermula pada sekitar tahun 1870-1914 iaitu penghujung abad ke-19. Teknologi yang diperkenalkan pada ketika itu adalah penggunaan kuasa elektrik. Kesan dari itu, sistem landasan kereta api dan sistem telegraf antara sistem-sistem baru yang diperkenalkan pada abad tersebut. Ia turut menyumbang kepada pembangunan industri pembuatan keluli dan industri pembuatan kimia. Seterusnya pemb...