1.0 PENGENALAN REVOLUSI INDUSTRI
Revolusi
Industri amat memainkan peranan penting dalam proses pembangunan dan pemodenan
sesebuah negara dan juga di peringkat global. Berdasarkan rekod sejarah,
Revolusi Industri Pertama bermula dari abad ke-18. Bermula di Britain sekitar
tahun 1760 sehingga 1840 dan dikenali sebagai Revolusi Industri Pertama. Teknologi
yang diperkenalkan pada ketika itu adalah penggunaan kuasa wap dan kuasa air
dalam sektor pembuatan. Peralihan dari gerak kerja penghasilan secara
tradisional kepada penggunaan mesin dan teknologi tersebut telah meningkatkan
jumlah pengeluaran. Revolusi Industri Kedua pula bermula pada sekitar tahun
1870-1914 iaitu penghujung abad ke-19. Teknologi yang diperkenalkan pada ketika
itu adalah penggunaan kuasa elektrik.
Kesan dari itu, sistem landasan kereta api dan sistem telegraf antara
sistem-sistem baru yang diperkenalkan pada abad tersebut. Ia turut menyumbang
kepada pembangunan industri pembuatan keluli dan industri pembuatan kimia.
Seterusnya pembangunan revolusi masih terus berkembang kepada Revolusi Industri
Ketiga. Bermula pada sekitar pertengahan abad ke-20. Dikenali sebagai Revolusi
Digital kerana penggunaan transistor dan microprocessor secara meluas.
Perkembangan tersebut telah menyumbang kepada kemajuan dalam bidang
pengkomputeran dan bidang telekomunikasi. Ia turut memperkenalkan penggunaan internet.
Revolusi Industri Ketiga juga dikenali sebagai nama Era Informasi. Kini
revolusi industri telah beralih ke peringkat lebih maju. Dijenamakan sebagai
Revolusi Industri 4.0 atau nama lainnya “Industrie 4.0”. Diperkenalkan pada
tahun 2011. Ia berkaitrapat kepada pembangunan serta pemodenan dalam bidang
pengurusan pembuatan dan pengeluaran rantaian. Revolusi ini melibatkan
teknologi automasi dan robotik. Ini memberikan daya cabaran baru kepada semua
sektor dalam negara ini. Antara penemuan teknologi yang dikemukakan oleh
Revolusi Industri 4.0 adalah pengkomputeran awan (cloud), keselamatan siber,
penggunaan robotik, integrasi sistem, simulasi, analisis dan big data, internet
of things (IOT) dan automasi. Sehubungan dengan perkembangan
teknologi-teknologi baru tersebut, maka bidang industri perlulah melakukan
perubahan dengan mengaplikasikan teknologi-teknologi tersebut supaya kekal berdaya saing dalam era
transformasi digital.
Ulasan
Catat Ulasan