3.0 FUNGSI TEKNOLOGI BARU DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0

  

3.1. INTERNET OF THINGS (IOT)

 Internet Of Things ini berfungsi sebagai platform  untuk memproses , mengumpul dan menghantar data yang diterima dari persekitaran mereka melalui peranti yang canggih. Peranti berkongsi data yang diterima dengan menyambungkan ke laluan IOT peranti lain yang berkemungkinan data dihantar ke awan untuk dianalisis ataupun dianalisis secara setempat.Komunikasi antara peranti yang memilikI kepintaran buatan adalah melalui internet. Teknologi ini menyumbang kepada automasi dalam perlaksanaan tugas tanpa campur tangan manusia. Teknologi ini digunakan dalam kehidupan seharian, peralatan dalam bidang kesihatan, bidang pertanian dan bidang industri.

3.2. ANALISIS DAN DATA BESAR (BIG DATA)

Analisis dan data besar (Big data) adalah merupakan suatu proses pengumpulan data dan maklumat untuk mengenalpasti mengenalpasti corak, pola hubungan antara peringkat input, peringkat proses dan peringkat output supaya membolehkan suatu keputusan yang relevan dan konsisten dicapai. Analisis dan big data dimulakan dengan kajian soal selidik. Kajian soal selidik yang dijalankan adalah bertujuan untuk memahami kehendak pelanggan, menjadikan proses pengeluaran lebih cekap, mengurangkan kos pengeluaran dan mencegah risiko kerugian. Berdasarkan data- data yang diperolehi, maka data-data tersebut dianalisis berdasarkan kriteria maklumat yang diperlukan dengan menggunakan peranti berteknologi tinggi seperti “super computer”.

Penggabungan data analisa dan peranti berteknologi tinggi membolehkan analisa yang lebih tepat dijalankan dalam memahami kehendak pelanggan, menjadikan proses pengeluaran lebih cekap, mengurangkan kos pengeluaran dan mencegah risiko kerugian. Analisis dan big data memberikan informasi yang lebih jitu berbanding analisis konvensional.




3.3. PENGKOMPUTERAN AWAN (THE CLOUD)

Teknologi pengkomputeran awan adalah teknologi penyimpanan dalam talian yang membolehkan pengguna melakukan penyimpan maklumat dalam pelayan rangkaian jauh tanpa perlu membawa storan fizikal.

Kebiasaannya untuk menggunakan teknologi ini, pengguna perlulah mempunyai id akses pada server cloud yang hendak digunakan. Storan awan ini membolehkan penyimpanan data yang berkapasiti besar.Teknologi ini membantu syarikat dalam proses pengurusan data dan juga membantu dalam aspek pengurangan kos.

 


Ulasan