4.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI INDUSTRI 4.0
Setiap perkara yang dimajukan dalam revolusi industri, pastinya tidak terlepas dari pertimbangan sudut positif atau negatif masyarakat. Ini bermaksud teknologi ini juga ada kebaikan dan juga keburukan ketika proses pengaplikasian dalam memacu ke arah pembangunan dan juga pemodenan.
4.1.
KEBAIKAN INTERNET OF THINGS
Berteraskan teknologi ini, pengguna dapat mengawal kendalian aplikasi dalam rumah. Contohnya adalah seperti Smart Home Technology yang diteraju oleh Apple Home Kit. Pengguna dapat mengawal peranti seperti kamera litar tertutup , sensor suhu dan lain-lain lagi. Kawalan dapat dilakukan walaupun pengguna berada di luar kawasan kediaman. Sekaligus pengguna akan berasa selamat dan disamping itu boleh melakukan penjimat kos sara hidup.
·
Perkembangan sektor Pendidikan
4.2. KEBURUKAN INTERNET OF THINGS
· Pengurangan Pekerja
Teknologi Iot memperkenalkan budaya kerja automatik yang boleh dijalankan oleh peranti-peranti komputer yang memiliki kepintaran buatan tanpa perlu interaksi secara langsung daripada manusia dalam kelompok yang banyak. Contohnya di sektor pengilangan, jika teknologi iot diperluakan secara menyeluruh, maka kilang-kilang tidak perlu lagi menggaji tenaga kerja manusia kerana fungsi itu telah diambil alih oleh robotic. Ini akan mengakibatkan pengangguran.
· Keselamatan Data Maklumat
Penggunaan teknologi iot
ini juga turut mendedahkan pengguna kepada serangan penggodam maklumat
komputer. Ini boleh terjadi kerana peranti-peranti komputer yang digunakan
untuk berkomunikasi menggunakan internet. Tanpa keselamatan yang tinggi,
pertukaran maklumat di internet boleh menyebabkan kebocoran maklumat ataupun
digodam.
4.3. KEBAIKAN ANALISIS DAN DATA BESAR (BIG DATA)
· Mengenalpasti corak pola perniagaan dan pelanggan
Teknologi analisis dan
data besar (Big data) amat penting kepada industri-industri. Pengaplikasian
teknologi ini dapat membolehkan syarikat-syarikat mengenalpasti pola perniagaan
dan karenah pelanggan. Malah menjadikan mereka lebih dekat dengan pelanggan
dalam memahami kehendak pelanggan melalui produk-produk yang dihasilkan.
· Mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi
Teknologi ini juga
membantu syarikat-syarikat dalam industri untuk terus bersaing dengan mengenal
pasti risiko-risiko yang bakal dihadapi melalui Analisa data yang diperolehi.
Perolehan data yang tepat membolehkan syarikat membuat keputusan dengan tepat
dan menggelakkan kerugian dari berlaku.
4.4. KEBURUKAN ANALISIS DAN DATA BESAR (BIG DATA)
· Kos adaptasi yang mahal
Pengaplikasian teknologi
ini amatlah membantu untuk membangunkan sesebuah syarikat. Namun untuk
mengaplikasikan teknologi ini, syarikat tersebut memerlukan modal yang besar
untuk membeli peranti-peranti komputer yang canggih serta mengupahkan pakar
yang mahir mengendalikan peranti-peranti tersebut.
· Kerahsiaan maklumat
Analisis big data ini
amatlah bagus dalam penyelidikan sebelum melaksanakan suatu keputusan dalam
pengurusan syarikat. Namun untuk mendapatkan data kajian, sensitiviti
masyarakat terdapat penggunaan data peribadi mereka masih tinggi dan kurang
sambutan dari mereka untuk menjawab soal kaji selidik. Kesannya analisis big
data tidak akan berjaya kerana kurang maklumat diperolehi.
4.5.
KEBAIKAN PENGKOMPUTERAN AWAN (THE CLOUD)
· Penyimpanan storan data yang besar
Sistem teknologi cloud
membolehkan pengguna menyimpan storan data yang besar. Storan data boleh diakses
bila-bila masa kerana sistem cloud adalah berteraskan capaian melalui internet.
Jadi penyimpanan secara cloud memastikan data pengguna sentiasa boleh dicapai
dihujung jari tanpa mengira masa.
· Kebergantungan kepada peranti storan fizikal akan tidak relevan
Sistem teknologi cloud
juga membantu pengguna untuk tidak bergantung lagi kepada kaedah penyimpan
storan fizikal seperti di thumdrive. Turut menghapuskan isu penyimpan storan
fiizikal rosak dan kehilangan data disebabkan peranti yang rosak. Kaedah
penyimpan adalah lebih sempurna.
4.6.
KEBURUKAN PENGKOMPUTERAN AWAN (THE CLOUD)
· Kebocoran maklumat peribadi
Keburukan sistem cloud
ini adalah berpunca dari kebocoran maklumat peribadi pengguna. Penyimpanan data
storan yang menggunakan internet sebagai medium penghubung adalah berisiko
untuk digodam oleh penggodam komputer.
· Terlupa kata laluan atau id akses
Kelemahan sistem ini
akan menjadi ketara sekiranya pengguna terlupa id akses atau kata laluan untuk
memasuki sistem cloud tersebut. Pengaplikasian ini juga tidak bersesuain bagi
golongan yang tidak mahir teknologi informasi komputer.
Ulasan
Catat Ulasan