Walaupun revolusi industri
4.0 dilihat dapat membawa kemakmuran dan kemajuan pada sesebuah negara. Namun
untuk melaksanakannya pasti akan menghadapi cabaran-cabaran yang boleh membantutkan
perkembangan dan pembangunan revolusi industri. Isu-isu yang boleh menjadi
pertikaian adalah keselamatan, modal, pekerjaan dan privasi.
Revolusi industri 4.0
membawa maksud perubahan konvensional kepada automatik. Perlaksanaan sistem
automatik dalam semua sektor akan melibatkan penggunaan internet secara meluas.
Penggunaan internet secara meluas untuk pertukaran ataupun pemprosesan data
akan merisikokan data-data itu dan boleh terdedah kepada aktiviti penggodaman
yang boleh menyebabkan faktor kerugian berlaku. Faktor ini akan memberi nilai
kurang untuk melaksanakan teknologi yang dibawa oleh revolusi industri 4.0.
Contohnya industri perusahaan kecil tidak mahu mengunakan internet of things
kerana bimbang data mereka digodam.
Perlaksanaan teknologi yang diperkenalkan juga
melibatkan kos modal yang besar. Pengaplikasian internet of things akan
menyebakan syarikat-syarikat perlu mengeluarkan modal yang besar untuk
mengaplikasikan teknologi automatik. Pendekatan pengeluaran modal yang besar lazimnya
akan dijauhi oleh pesaing-pesaing industri yang berkapital sederhana atau kecil
kerana tidak mahu alami kerugian apabila perbelanjaan melebihi keuntungan.
Revolusi industri 4.0 memang memberi impak positif
dalam penjanaan ekonomi keuntungan syarikat kerana berjaya mengurangkan kos
penggambilan buruh manusia dan digantikan dengan sistem robotik. Ini akan
menyebabkan kadar pengganguran berlaku jika teknologi itu tidak diimbangi
dengan nilai kemanusian. Pengganguran akan meningkatkan kadar kemiskinan. Ia
merupakan pilihan yang sukar bagi negara-negara yang kecil.
Cabaran yang lain dihadapi dalam perlaksanaan
revolusi industri 4.0 adalah tahap privasi yang tidak stabil. Pencerobohan data
dilihat amat mudah berlaku walapun telah dilengkapi dengan tahap keselamatan
data yang tinggi. Contohnya pada penggunaan sistem cloud. Wujud senario data
peribadi dicerobohi dan mendatangkan kerugian. Ini mengakibatkan pengguna masih
bergantung kepada penyimpanan data di storan fizikal.
Ulasan
Catat Ulasan