2.0 TEKNOLOGI BAHARU DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Revolusi
Industri 4.0 telah memperkenalkan teknologi pelbagai teknologi baru antaranya
cloud, analisis dan big data, internet of things (IOT) dan automasi. Huraiaan
definisi adalah seperti berikut.
2.1.
INTERNET OF THINGS (IOT)
Definisi Internet of
things (IOT) bermaksud suatu sistem rangkaian peranti objek fizikal seperti
mesin mekanikal dan digital yang berfungsi dengan menggunakan sensor serta
memiliki unik identifikasi dalam penyambungan mahupun penukaran data. Proses
penyambungan dan pertukaran data adalah melalui internet. Teknologi ini
berupaya mengautomasikan aplikasi dan menyempurnakan tugas boleh mengurangkan
campur tangan manusia. Perlaksanaan tugas secara automasi dan komunikasi
melalui internet, peranti canggih diperlukan untuk melengkapkan proses ini.
Peranti berkeupayaan canggih ini biasanya dilabel “smart”. Pengguna peranti
canggih ini kebiasaannya disambungkan dengan paparan antara muka supaya
pengguna boleh mengawal selia ketika melayari internet dari sebaran kedudukan geografi.
2.2.
ANALISIS DAN DATA BESAR (BIG DATA)
Definisi analisis dan data besar (Big data) boleh ditakrifkan
sebagai pengumpulan data yang terdiri daripada sistem pengurusan pelanggan
serta sistem dan peralatan yang boleh memberikan maklumat untuk membantu
syarikat untuk mengenalpasti corak, pola hubungan antara peringkat input,
peringkat proses dan peringkat output supaya membolehkan suatu keputusan yang
relevan dan konsisten dicapai.
2.3.
PENGKOMPUTERAN AWAN (THE CLOUD)
Definisi Pengkomputeran
Awan (The Cloud) bermaksud merupakan suatu teknologi berupa rangkaian pelayan
jauh. Bertujuan untuk proses penyimpanan, pengurusan serta pemprosesan data.
Diakses menggunakan internet. Pengaplikasian teknologi ini membolehkan pengguna
tidak perlu menyelenggara pelayan fizikal sendiri atau menjalankan aplikasi
perisian pada mesin mereka sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan